Dari 5 hingga 7 Oktober, FBS menghimpunkan para Partner kami yang berpencapaian terbaik dalam satu trip eksklusif selama tiga hari ke Dubai, trip yang penuh dengan pengembaraan, silaturahim dan kegembiraan.
Tetamu kami tiba dengan bergaya menaiki penerbangan kelas perniagaan, menikmati lawatan VIP mengelilingi kota, dan menerokai tempat-tempat terbaik di Dubai, dari pemandangan menakjubkan dari puncak Burj Khalifa hingga masakan asli Arab dan makan malam santai di atas kapal persiaran sambil menikmati seri cahaya panorama kota.
Trip ini bukan sekadar bersiar-siar. Bersama dengan para Partner kami, kami mengadakan satu sesi brainstorming dan strategi pertumbuhan, berkongsi wawasan dan idea untuk kerjasama kami yang seterusnya.
Pada hari kedua, kumpulan kami berangkat pula ke Abu Dhabi untuk menziarahi Masjid Agung Sheikh Zayed, salah satu mercu tanda seni bina yang paling luar biasa di dunia.
Hari terakhir membawa kami semua ke Forex Expo Dubai 2025, salah satu acara trading yang terbesar di dunia. Para Partner kami berpeluang beramah mesra dengan pasukan FBS dan berkongsi berita eksklusif mengenai inisiatif terkini kami.
Kami mengakhiri trip ini dengan gala dinner dan majlis penyampaian anugerah di The Ritz-Carlton, Dubai International Financial Centre. Acara tersebut menampilkan persembahan muzik, makanan yang lazat, dan penghargaan terhadap pencapaian para Partner kami.
Ia pengalaman yang takkan dapat dilupakan, yang mencerminkan semangat partnership sejati — dibina atas kepercayaan, pertumbuhan, dan kejayaan bersama.
Terima kasih kepada semua Partner hebat kami kerana menyertai kami dalam perjalanan yang tidak dapat dilupakan ini!