Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

28 Okt 2025

Asas

Saham Power Hour: Apakah Ia Dan Cara Mendagangkannya

Dalam pelajaran ini
Saham Power Hour: Apakah Ia Dan Bagaimana Cara Dagangkannya?

Waima untuk trader yang berpengalaman sekali pun, meramalkan ke mana arah yang akan ditujui oleh pasaran tidak selalunya mudah. Bagaimana cara anda memilih masa yang tepat untuk urusniaga anda, dan mengapa penting untuk mengambil kira ledakan aktiviti trader?

Untuk trading yang berjaya, anda perlu memilih masa yang paling meruap dan paling rancak dengan aktiviti. Waktu ini dipanggil "power hour." Dalam artikel ini, kita akan mengkaji apa itu saham power hour, cara melabur dengannya, dan cara menggunakannya untuk mendapatkan keuntungan yang maksimum.

Image_1.jpg

Apakah itu saham power hour?

Keaktifan tertinggi trader berlaku pada permulaan dan penutupan hari berdagang. Saham pasaran power hour tidak semestinya satu tempoh masa yang tertakrif dengan jelas yang terhad selama satu jam sahaja. Tetapi jika kami perlu menetapkan suatu tempoh masa, ia akan kelihatan seperti ini:

  • Pagi: 09:30 – 10:30 ET (14:30 – 15:30 UTC)

  • Petang: 15:00 – 16:00 ET (20:00 – 21:00 UTC)

Nota: Pasaran New York beroperasi mengikut ET (Eastern Time, Waktu Timur), yang silih berganti antara EST (UTC-5, musim sejuk) dan EDT (UTC-4, musim panas). Sentiasa periksa dua kali yang mana satu sedang berkuatkuasa apabila anda berada di luar AS.

Pada hari penutupan awal (contohnya sebelum cuti umum tertentu di AS), sesi rasmi ditutup pada 13:00 ET. Dalam situasi ini, power hour biasanya pada 12:00 – 13:00 ET.

Untuk memahami power hour, anda mesti ingat bahawa semakin tinggi keaktifan trader, semakin tinggi kemeruapan. Inilah masanya bilamana anda akan menemui peluang untuk membuat keuntungan.

Waktu tambahan: apa yang perlu anda tahu

Saham-saham AS didagangkan melampaui waktu sesi biasa 09:30 – 16:00 ET:

  • Pra-pasaran: 04:00 – 09:30 ET

  • Selepas waktu pasaran: 16:00 – 20:00 ET

Perbezaan utama berbanding waktu biasa:

  • Kecairan adalah rendah. Terdapat kurang peserta, yang bermaksud spread yang lebih besar dan pelaksanaan pesanan yang kurang boleh diramal.

  • Hanya pesanan limit. Kebanyakan broker tidak membenarkan pesanan pasaran dalam sesi lanjutan.

  • Kemeruapan boleh meningkat. Laporan dan berita perolehan sering terbit di luar waktu biasa, yang boleh menyebabkan pergerakan yang tajam dan kurang cair.

Trading selepas waktu rasmi lebih sesuai untuk trader berpengalaman. Pemula harus ingat bahawa harga boleh membentuk senggang harga (price gap) pada waktu pembukaan hari trading berikutnya, menyebabkan risiko semalaman menjadi lebih tinggi.

Apakah yang mempengaruhi aktiviti trading?

– Aliran buka dan tutup pasaran

– Berita dan pemangkin (laporan perolehan, berita)

– Pelarasan pra/pasca hujung minggu

– Hari Jumaat yang ada tamat tempoh Opsyen (OpEx), menyebabkan lonjakan volum

Pasaran saham AS buka pada 09:30 ET. Ini juga waktunya bilamana Bursa Saham New York, pasaran kewangan terbesar, dibuka. Ratusan gergasi korporat multinasional mengikuti jejaknya. Selepas sekian waktu, satu lagi hab trading yang berpengaruh, Chicago Mercantile Exchange, mula dibuka untuk trading. Apabila para gergasi pasaran terlibat, para trader menjadi lebih giat, meningkatkan kemeruapan.

Ramai orang lebih suka trade pada waktu pagi. Dengan cara itu, mereka menyelesaikan urusan mereka dengan lebih cepat dan bebas membuat perkara lain sepanjang hari.

Keaktifan di sebelah petang adalah kerana semua syarikat kewangan utama, termasuk bursa saham, menutup urusan untuk hari berkenaan. Pada masa ini, trader berusaha menuntaskan urusniaga mereka dan menutup posisi. Ini mencipta ledakan keaktifan dan kemeruapan pada jam terakhir, antara 15:00 dan 16:00 EST.

Selain itu, trader sangat aktif sebelum dan selepas hujung minggu, serta selepas pengumuman berita mengenai syarikat-syarikat besar. Jangan lupa untuk periksa newsfeed anda secara berkala!

Mereka yang berminat untuk trading di luar waktu biasa boleh mencuba trading selepas waktu pasaran (after-hours).

Cara untuk mencari saham power hour

Sebelum anda trade "power hour", anda memerlukan senarai pantauan. Saham terbaik untuk didagangkan dalam satu jam terakhir mempunyai dua ciri: pemangkin berita dan volum yang tinggi. Berikut cara untuk mengenal pasti mereka:

1. Scanner. Gunakan market scanner (pengimbas pasaran) yang menunjukkan "gainers" dan "losers" intrahari teratas, volum luar biasa, dan saham yang menembusi aras-aras utama. Senarai ini sering mendedahkan tickers yang paling banyak menarik perhatian sebelum penutupan.

2. Newsfeed. Pengumuman laporan perolehan, kelulusan FDA, laporan terkini penganalisis, dan berita M&A selalunya mencetuskan lonjakan pada lewat hari. Newsfeed masa-nyata (atau malah Twitter atau aplikasi berita saham) boleh membantu anda menangkap berita yang berkaitan dengan ticker tertentu.

3. Peneraju volum. Semak carta peneraju volum harian. Saham yang didagangkan 2–3x volum harian purata mereka adalah calon-calon yang utama untuk pergerakan power hour yang aktif.

4. Kalendar perolehan. Syarikat yang menyiarkan laporan mereka selepas waktu penutupan sering menampakkan keaktifan yang luar biasa dalam satu jam terakhir apabila trader membuka posisi sebelum keputusan diumumkan.

5. Data ketidakseimbangan NYSE. Sekitar 15:50 ET, NYSE menerbitkan ketidakseimbangan pesanan (pesanan beli dan jual yang besar namun tidak sepadan). Para profesional sentiasa memerhatikan perkara ini dengan teliti kerana ia boleh menggerakkan perubahan mendadak yang kuat pada saat-saat terakhir.

Menyiapkan senarai anda sebelum jam 15:00 ET adalah penting.

Anda sepatutnya sudah mengetahui saham mana yang terlibat setelah sejam terakhir bermula.

Pola acara dan hari dalam seminggu

Bukan setiap power hour adalah sama. Hari-hari dan acara tertentu cenderung membuat sejam terakhir lebih sibuk daripada yang lain:

Jumaat: Sering kali power hour yang paling meruap. Trader menutup posisi sebelum hujung minggu, dan kontrak opsyen yang tamat tempoh boleh menyebabkan pergerakan yang tajam.

Isnin: Pasaran dibuka semula selepas pelbagai berita selama dua hari. Power hour Isnin berpotensi sibuk kerana institusi melaras posisi mereka selepas berita-berita pada hujung minggu.

Hari tarikh luput opsyen bulanan dan suku tahunan: Juga dikenali sebagai "OpEx," hari-hari ini mempunyai volum tertinggi pada sejam terakhir sesi bilamana para trader menyambung atau menutup kontrak yang tamat tempoh. Ketidakseimbangan boleh menyebabkan perubahan yang mendadak.

Hari laporan perolehan. Saham-saham yang melaporkan perolehan mereka selepas waktu penutupan sering mengalami keaktifan "power hour" yang hebat apabila para trader membuka posisi sebelum keputusan diumumkan.

Mengenali kalendar dengan baik membantu anda memahami pasaran dengan lebih baik. Penutupan hari Selasa yang tenang tidak sama dengan hari Jumaat yang menjadi tarikh luput opsyen. Sesuaikan jangkaan dan laras saiz risiko anda dengan sewajarnya.

Cara memanfaatkan saham-saham power hour

Image_2.jpg

Trader profesional menyukai saham power hour kerana ia tempoh dengan kecairan dan peningkatan volume trading tertinggi di pasaran.

Salah satu komponen utama dalam trading yang berjaya ialah memahami ciri-ciri khas trading dalam pelbagai sesi trading.

Ini akan membolehkan anda menggunakan masa dan sumber anda dengan berkesan dan cekap.

Anda boleh gunakan pelbagai strategi berbeza untuk trade semasa power hour. Terdapat banyak pilihan, dan berikut adalah yang terbaik untuk digunakan semasa power hour pasaran saham:

Scalping

Scalping bermaksud membuka dan menutup urusniaga yang sangat singkat (selama beberapa saat atau minit sahaja). Ini lebih berisiko semasa power hour kerana spread melebar dan kemeruapan meningkat. Gunakan renti rugi yang rapat, penutupan separa, dan hadkan pesanan untuk mengawal gelinciran (slippage).

Strategi untuk trader berpengalaman ini akan memberi kelebihan kepada mereka pada power hour pasaran saham. Di sini mereka berpeluang untuk mempercepatkan trading dan untung lebih banyak.

Perdagangan intrahari

Trader intrahari memfokus pada sejam pertama dan terakhir apabila kecairan mencapai kemuncak. Adalah penting untuk menguruskan risiko dengan menetapkan kerugian maksimum, mengehadkan bilangan urusniaga, dan menyedari penjedaan dalam saham yang meruap. Trader intrahari menutup posisi mereka pada hari yang sama mereka membukanya. Mereka juga boleh membuat beberapa transaksi dengan aset yang sama sepanjang hari, atau untuk beberapa aset yang berbeza.

Perdagangan swing

Trader swing menggunakan power hour untuk masuk dan keluar berhampiran waktu penutupan, di mana kecairan adalah tertinggi dan harga penutupan menawarkan pengesahan. Elakkan daripada mengejar lonjakan pada lewat hari, sebaliknya rancang entri merentasi beberapa hari.

Untuk menggunakan pergerakan swing, anda perlu mempunyai kemahiran analisis untuk bertindak secara fleksibel dan menerapkan taktik yang berbeza bergantung pada keadaan. Memahami strategi ini mengambil masa dan mungkin nampak rumit, tetapi masa yang diluangkan untuk mempelajari strategi ini memberikan hasil yang berlipat kali ganda.

Strategi trading power hour

Nasihat yang umum tidak mencukupi. Power hour memberi ganjaran kepada trader yang mengikuti setup jelas dengan peraturan masuk, keluar, dan pengurusan risiko yang jelas. Berikut adalah empat playbook yang paling lazim:

1. Penembusan julat

Pantau julat harga yang membendung saham sepanjang hari berkenaan. Jika ia menerobos ke sebelah atas atau bawah "kotak" itu dengan volume yang kuat semasa power hour, trade mengikut arah penembusan.

Contoh: suatu saham lama terbendung di antara $20.00–$20.50 sepanjang hari. Pada jam 15:10 ia menembus ke sebelah atas $20.50 dengan volum yang tinggi. Ini adalah signal beli.

2. Penyongsangan lewat hari

Jika saham bergerak dengan kuat sepanjang hari (menaik atau menurun), "power hour" boleh membawa perubahan arah. Cari candlestick berbentuk tukul besi, dengan sumbu yang panjang, atau dorongan mendadak melawan trend, dengan pengesahan volum.

Contoh: suatu saham jatuh dari $50 menjadi $45 sepanjang hari, kemudian tukul terbentuk pada 15:10 dan harga melantun naik ke $46. Ini adalah signal untuk membeli.

Kajian kes 1: penembusan julat waktu pembukaan (opening range) Apple

Pada carta 15 minit ini, Apple membentuk julat waktu pembukaan sekitar $228.50–$229.50 (lihat petak merah). Volum adalah tinggi dalam tempoh pengukuhan (consolidation) ini, menunjukkan penyertaan institusi yang kuat.

Pada sekitar jam 10:00 ET, saham melepasi paras tertinggi julat dengan lonjakan volum (lihat anak panah hitam dan kotak volum). Penembusan itu mengesahkan bahawa pembeli sedang masuk. Trader kemudian boleh membuka posisi long di aras $229.60, dengan renti rugi di bawah paras terendah julat iaitu pada aras $228.50, memastikan risiko terkawal dengan baik.

Dari situ, Apple meningkat ke atas sepanjang sesi, mencapai hampir $239.90 menjelang tamat sesi (lihat anak panah ke atas). Menutup separa posisi sepanjang trakjektori sambil menaikkan aras renti rugi secara berdikit-dikit di bawah paras terendah yang lebih tinggi akan mengunci keuntungan dengan tekanan yang minimum.

Kesimpulan: Menggabungkan julat pembukaan dengan pengesahan volum adalah cara yang ampuh untuk menangkap pergerakan berarah yang sering lebih laju ketika power hour.

Kajian kes 1: penembusan julat waktu pembukaan saham Apple

Kajian kes 2: penyongsangan pada lewat hari dengan capahan RSI

Pada carta 5-minit Apple, kita melihat penurunan mendadak daripada $243.80 kepada $241.60 (lihat garis hitam menurun). Walau bagaimanapun, indikator RSI di bawah menunjukkan yang sebaliknya: ia bukannya membuat paras terendah baru, malah ia membentuk paras terendah yang lebih tinggi (lihat garis hitam pada RSI). Ini dipanggil capahan bullish (divergence bullish).

Sekitar 15:00 ET, sebatang candlestick dengan sumbu bawah yang panjang terbentuk — isyarat penyongsangan yang mengesahkan bahawa penjual kehabisan momentum. Posisi long boleh dibuat berhampiran $241.80, dengan renti rugi tepat di bawah paras terendah intrahari.

Dari situ, harga pulih secara beransur-ansur dan sesi ditutup berhampiran $243.50, memberikan trader peluang meraih untung 1.5R hingga 2R dengan pengurusan posisi yang betul.

Kesimpulan: Capahan RSI/harga semasa power boleh menjadi isyarat penyongsangan yang kuat. Kuncinya adalah menunggu pengesahan daripada aksi harga dan tidak masuk secara membuta tuli.

Kajian kes 2: penyongsangan lewat hari dengan capahan RSI

Alat dan Indikator untuk power hour

Untuk trade pada power hour dengan berkesan, anda memerlukan lebih daripada sekadar pola — anda memerlukan alat yang tepat untuk membaca apa yang berlaku dalam masa nyata. Berikut diberikan beberapa yang berguna

VWAP (volume-weighted average price)

Ini menunjukkan "harga purata" yang "adil" untuk hari tersebut. Jika harga semasa berada di atas VWAP, pembeli mengawal situasi; jika ia di bawahnya, penjual mengawal situasi. Semasa power hour, banyak dana menggunakan VWAP sebagai penanda aras, jadi lantunan atau penembusan di sekitarnya adalah signal yang berkemungkinan tinggi.

Harga "Level 2" (buku pesanan)

Ini menunjukkan pesanan beli dan jual yang tertunda pada setiap harga. Awasi bidaan besar atau tawaran yang ditambah dan dikeluarkan dalam sejam terakhir sesi — ini boleh menandakan pergerakan besar atau fakeout.

"Time & sales" (juga dikenali sebagai "the tape")

Alat ini memaparkan setiap urusniaga. Pusuan mendadak warna hijau (beli) atau merah (jual), terutamanya dengan pesanan yang besar-besar, sering berlaku sebelum penembusan. Memerhati pita semasa power hour membantu mengesahkan sama ada volum di sebalik pergerakan itu adalah nyata atau hanya hingar.

Kecairan dan spread

Spread boleh melebar semasa tempoh kemeruapan. Kecairan yang rendah bermakna risiko slippage lebih tinggi, jadi laraskan saiz posisi anda dengan sewajarnya dan kekal dengan ticker yang cair.

Manfaatkan power hour dengan membaca volum dan aliran sebanyak anda meneliti carta. Gabungkan alat-alat ini — menggunakan VWAP untuk struktur, harga Level 2 dan pita untuk penentuan masa, dan spread/kecairan untuk menentukan saiz posisi anda dengan betul.

Mengurus risiko semasa power hour

Power hour boleh memberikan peluang yang besar, tetapi ia juga membawa risiko yang unik. Trade perlu mendekatinya dengan lebih berhati-hati:

Kemeruapan dan penurunan harga

Harga boleh bergerak begitu pantas sehingga pesanan diisi pada harga yang lebih buruk daripada yang dijangkakan. Untuk mengurangkan risiko ini, gunakan pesanan limit dan bukannya pesanan pasaran jika boleh.

Penentuan saiz posisi

Trade dengan saiz posisi yang lebih kecil daripada yang anda akan gunakan pada waktu-waktu yang lebih tenang. Sebatang candlestick tunggal semasa power hour boleh meranapkan posisi yang terlalu besar. Menghadkan saiz melindungi modal anda sementara anda memahirkan diri.

Renti rugi

Sentiasa tetapkan renti rugi (stop-loss) untuk melindungi diri anda sebelum membuka urusniaga. Menggerakkan atau membuang renti rugi dalam sesi yang tidak stabil adalah salah satu cara terpantas untuk kehilangan wang.

Had harian

Ketahui awal-awal berapa banyak yang anda sanggup rugi, dan patuhilah had itu. Power hour boleh bergerak begitu pantas sehingga anda mudah kehilangan ketenangan atau terjebak dengan trading balas dendam. Had yang telah ditetapkan membantu anda berhenti sebelum kemusnahan menjadi terlalu besar.

Ingat: trading ketika power hour hanya sekadar satu pilihan. Lebih baik duduk diam daripada masuk pasaran tanpa persiapan atau konteks yang betul.

Jenis-jenis pesanan dan lelongan penutupan sesi

Cara anda membuat pesanan sama pentingnya dengan titik masuk anda. Dalam sejam terakhir sesi, kecairan adalah tinggi dan pergerakan adalah pantas, jadi jenis pesanan yang dipilih besar bezanya:

Pesanan pasaran vs. pesanan limit

Pesanan pasaran boleh mengalami slippage melampau akibat daripada swing-swing power hour yang meruap. Pesanan limit mengehadkan harga anda, memastikan anda tidak mengejar harga yang sentiasa melarikan diri.

Pesanan bracket

Jika broker anda membenarkannya, gunakan bracket (entri + stop + sasaran keuntungan). Ini mengunci pelan anda dari awal dan membantu mengelakkan kesilapan emosi semasa berada di bawah tekanan.

Pesanan MOC dan LOC

Pesanan market-on-close (MOC) dan limit-on-close (LOC) dilaksana semasa lelongan penutupan rasmi NYSE/Nasdaq (16:00 ET).

  • MOC menjamin pesanan dipenuhi pada harga penutupan.

  • LOC membolehkan anda menetapkan harga maksimum atau minimum sambil terus mengambil bahagian dalam lelongan.

Dana menggunakan jenis pesanan ini untuk pensejajaran dengan penanda aras dan penyeimbangan semula (rebalance) apabila masa penutupan semakin hampir.

Bila pesanan pasaran perlu dielakkan

Dalam beberapa minit terakhir (15:58–16:00 ET), spread boleh melebar. Jika anda tidak menggunakan pesanan MOC atau LOC, kekalkan dengan pesanan limit. Jika tidak, pesanan boleh terisi pada harga yang lebih buruk daripada yang anda jangkakan.

Lelong penutupan adalah tempat tumpuan volum institusi. Memahami cara ia berfungsi membolehkan anda keluar dengan selamat atau meluncur ombak besar.

Pelabur jangka panjang: masuk dan keluar sekitar penutupan

Power hour adalah medan permainan bagi trader jangka pendek, tetapi ia juga penting untuk pelabur yang berfikir dalam kerangka masa bulanan atau tahunan. Minit-minit terakhir hari trading sering mempunyai kecairan tertinggi dan cerminan paling tepat aliran institusi. Itulah sebabnya ramai pengurus dana dan portfolio lebih gemar untuk meletakkan pesanan berhampiran waktu penutupan.

  • Gunakan pesanan market-on-close (MOC) atau limit-on-close (LOC). Jenis pesanan ini memastikan pelaksanaan pada atau hampir dengan harga penutupan rasmi, yang menjadi penanda aras yang digunakan untuk dana indeks dan pelaporan prestasi.

  • Manfaatkan kecairan yang lebih tinggi. Spread biasanya lebih tipis dalam lelongan akhir, mengurangkan kos transaksi untuk pesanan besar.

  • Elakkan gangguan intrahari. Dengan trading dekat dengan waktu penutupan, pelabur jangka panjang mengelakkan kemeruapan pertengahan sesi yang tidak relevan.

  • Penyeimbangan Semula dan ETF. Banyak dana melaras posisi mereka pada waktu penutupan untuk diselaraskan dengan pemberat indeks, jadi harga pada waktu ini sering mencerminkan penilaian "konsensus" terbaik hari itu.

Bagi pelabur, tujuannya bukan untuk mengejar perubahan intraday, tetapi untuk menggunakan sesi penutupan untuk membuka atau menutup posisi dengan cekap.

Pelan trading power hour

Pelan tiga langkah ini boleh menjadikan sesi trading 'power hour' anda lebih terkawal:

1. Persiapan pra-pasaran

  • Ikuti berita terkini, kalendar laporan perolehan, dan berita utama semalaman.

  • Rangka senarai pemantauan 3 hingga 5 saham dengan volum yang tinggi, pemangkin, atau aktiviti ketidakseimbangan.

  • Tandakan aras-aras utama: paras tertinggi dan terendah pasaran pra-pembukaan, VWAP, zon sokongan dan rintangan.

2. Pelaksanaan semasa power hour

  • Masuk hanya apabila setup anda terpicu (penembusan, pantulan VWAP, penyongsangan).

  • Gunakan pesanan limit untuk mengawal slippage dan trade jumlah yang lebih kecil daripada biasa.

  • Letakkan renti rugi anda sebaik sahaja anda masuk, dan anjak (trail) aras tersebut jika urusniaga bergerak ke arah yang menguntungkan anda.

  • Tutup separa posisi untuk memuktamadkan sebahagian daripada keuntungam dan jangan tunggu sehingga harga mencapai puncak atau dasar mutlak.

3. Semakan pasca-pasaran

  • Rekodkan setiap urusniaga: titik masuk, titik keluar, renti rugi, kesudahan, dan sebab-sebab.

  • Catat sama ada setup berjaya atau gagal.

  • Kenal pasti satu perkara untuk diperbaiki bagi sesi seterusnya, seperti renti rugi yang lebih dekat atau pemlihan masa yang lebih baik.

Konsistensi lebih penting daripada mengejar setiap pergerakan. Mempunyai pelan dan menilai bagaimana setiap sesi berjalan akan membolehkan anda memperbaiki kemahiran dan membina keyakinan apabila trading dalam "power hour".

Soalan Lazim: Trading ketika power hour

Adakah trading ketika power hour sesuai untuk pemula? Mungkin, tetapi kemeruapan biasanya lebih tinggi daripada waktu lain pada hari yang sama. Pemula harus memulakan secara kecil-kecilan, memberi tumpuan pada satu atau dua setup, dan sentiasa menggunakan renti rugi.

Bolehkah akaun yang kecil digunakan untuk trading pada power hour dengan berkesan?Ya, boleh. Kecairan semasa power hour adalah tinggi, yang membantu trader kecil masuk dan keluar dengan cepat. Overtrading boleh mengosongkan akaun kecil dengan cepat, jadi fokus pada kualiti, bukan kuantiti.

Adakah peraturan PDT (Pattern Day Trader) terpakai?Ya. Di pasaran Amerika Syarikat, pasaran, akaun di bawah $ 25 000 hanya boleh membuat tiga urusniaga intrahari dalam tempoh lima hari. Urusniaga power hour diambil kira dalam had itu.

Bolehkah anda jual saham secara short semasa power hour?Ya, jika broker anda mempunyai saham yang tersedia untuk dipinjamkan. Tetapi ketersediaan boleh habis pada lewat hari, dan jika saham melonjak, tekanan (squeezes) akan menjadi lebih dramatik. Sentiasa tentukan saiz secara konservatif apabila menjual secara short.

Istilah penting Power Hour

VWAP (harga purata berwajaran volum)Harga purata saham yang berwajaran volum. Trader menggunakannya untuk mengukur nilai yang adil dan mengesan pullback atau aras sokongan dan rintangan intrahari.

ORB (opening range breakout) Satu setup trading di mana pembukaan posisi adalah berdasarkan harga yang menembusi paras tertinggi/rendah julat pembukaannya (15–30 minit pertama sesi).

Pesanan MOC/LOC (market-on-close/limit-on-close orders)Jenis pesanan khas yang dilaksana pada waktu penutupan rasmi pasaran. MOC menjamin pelaksanaan pada harga penutupan, manakala LOC hanya dipenuhi jika harga berada pada atau lebih baik daripada had yang anda tetapkan.

KecairanMudah susah membeli atau menjual saham tanpa mengubah harganya dengan ketara. Kecairan yang tinggi bermaksud spread yang lebih tipis dan pelaksanaan yang lebih pantas. Power hour biasanya mempunyai kecairan puncak.

Gelinciran (slippage)Perbezaan antara harga dijangkakan untuk suatu urusniaga dan harga sebenar di mana ia dilaksanakan. Biasa berlaku dalam pasaran yang bergerak pantas seperti power hour.

Kongsi kepada rakan-rakan:

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play
store iconstore icon
Dapatkan MT4 di
App Store
store iconstore icon
Dapatkan MT5 di
App Store

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Impak sosial kami

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Program Partnership

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/31. Alamat Pejabat: The Bentley, #16 Cor A Street & Princess Margaret Drive, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, India, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.