SOALAN LAZIM
1. Apakah tujuan akaun diwujudkan?
Akaun demo membolehkan anda berlatih trading dalam suasana pasaran sebenar menggunakan dana maya. Ia adalah cara bebas risiko untuk mengetahui cara membuka, mengurus, dan menutup urusniaga sebelum menggunakan dana sebenar.
2. Bagaimana cara untuk beralih ke akaun demo dalam aplikasi peranti pintar FBS?
Log masuk ke aplikasi, buka menu di sudut kiri atas, pergi ke Akaun, tekan Cipta Akaun Demo, pilih jenis akaun anda (cth., Demo Standard), dan tekan Buka.
3. Bagaimana cara untuk saya tetapkan Renti Rugi (SL) dan Ambilan Untung (TP) semasa membuka suatu urusniaga?
Selepas memilih pasangan matawang dan memilih Beli atau Jual, tekan butang SL/TP pada skrin trading untuk memasukkan aras Renti Rugi dan Ambilan Untung anda sebelum mengesahkan urusniaga.
4. Di mana boleh saya pantau urusniaga aktif saya?
Pada tab Posisi, anda boleh melihat jika urusniaga anda berada dalam keadaan untung atau rugi, harga semasa pasaran, dan aras SL/TP anda. Anda boleh tutup urusniaga satu persatu atau tekan Tutup Semua untuk tutup semuanya sekaligus.
5. Bagaimana cara untuk saya trade di desktop dan bukannya aplikasi peranti pintar?
Anda boleh guna FBS WebTrader (terus dalam pelayar web anda) atau MetaTrader 5 (platform yang boleh dimuat turun) dengan mendaftar di laman web FBS, membuka akaun demo, dan membuka urusniaga melalui platform tersebut.